Miliki Rumah Pertama Anda Dengan Skim Rumah Selangorku

Pembeli Rumah Selangorku

Kelebihan Skim Rumah Selangorku Untuk Pembeli Rumah Pertama

Harga lebih rendah berbanding pasaran.
Lokasi strategik berdekatan kemudahan asas seperti sekolah dan pasar.
Rumah berkualiti dengan reka bentuk moden.
Tawaran pinjaman sehingga 100% melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).
Dibantu ejen hartanah berdaftar yang profesional.

Panduan Permohonan Rumah Selangorku

1

Semak Syarat Kelayakan

Pastikan anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, dan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah. Pendapatan isi rumah juga perlu dalam lingkungan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Selangor.

2

Sediakan Dokumen

Antara dokumen penting termasuk salinan IC, slip gaji terkini, penyata bank, penyata KWSP, dan laporan CCRIS. Dokumen lengkap akan mempercepatkan proses permohonan.

3

Daftar Permohonan Online

Proses pendaftaran akan dibantu oleh ejen hartanah berdaftar, memastikan setiap langkah lebih mudah, cepat dan lancar sehingga urusan pembelian rumah anda selesai.

4

Tunggu Kelulusan

Setelah permohonan dihantar, pihak Bank dan LPHS akan menilai kelayakan anda. Tempoh masa ini bergantung kepada projek dan jumlah pemohon.

5

Tandatangan Perjanjian Loan & Jual Beli

Jika diluluskan, anda akan dipanggil untuk menandatangani Perjanjian Loan (LA) dan Perjanjian Jual Beli (SPA).

Projek Rumah Selangorku Terkini

Mengapa Pilih Khidmat Kami?

Pembeli dan Ejen Rumah Selangorku 2
1

Maklumat Terkini & Lengkap

Laman web kami memberikan akses mudah kepada maklumat rumah. Semak projek dan buat pendaftaran dengan cepat.

2

Khidmat Nasihat Profesional

Anda tidak keseorangan – ejen hartanah berdaftar sedia memberi sokongan dan jawapan kepada semua persoalan anda. Dengan pengalaman dan pengetahuan pasaran, kami memastikan anda membuat keputusan yang tepat.

3

Proses Permohonan Yang Jelas

Melalui panduan langkah demi langkah, anda boleh lebih yakin dalam menguruskan proses permohonan. Tidak lagi keliru dengan dokumen atau syarat kerana kami akan terangkan semuanya secara teratur.

Soalan Lazim Mengenai Rumah Selangorku

Borang Pendaftaran
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Scroll to Top